Budaya sekolah yang ceria sebenarnya lebih berkesan menarik
murid ke sekolah disebabkan manusia sememangnya mencintai yang bersih, ceria
dan cantik. Pelajar - pelajar di sekolah juga memerlukan persekitaran sekolah
yang baik bagi meransang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba
ilmu pengetahuan. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan ‘iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang
baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang
dengan pembelajaran yang lancar’. Sesuai dengan itu pihak sekolah Sk skim
Kokos telah melancarkan beberapa aktiviti bagi memastikan sekolah sentiasa
ceria dan menarik. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Sekolah Ku Ceria,
Riang ria gotong royong, Program Kecerian Kampung bersama komuniti Kg Skim
Cocos dan membinaan pangkin.
PROGRAM SEKOLAH KU CERIA
RIANG RIA GOTONG ROYONG
KERJASAMA BERSAMA KOMUNITI MENCERIAKAN KAWANSAN KG SKIM COCOS
[
No comments:
Post a Comment